Blueberry Cheese Cake
Bahan2:
1. Cream Cheese 250 g
2. Whipping Cream 250 g
3. Gelatine 2 ½ sudu besar
4. Air 6 sudu besar
5. Gula pasir 160 g
6. Lemon juice 2 sudu besar (jika tiada boleh diganti dgn esen vanilla)
7. Digestive biscuit 250 g (blend halus)
8. Butter 180 g (dicairkan dahulu)
9. Blueberry 100 g
Cara2 nya:
1. Whipping cream – pukul hingga gebu. Then masukkan dalam bowl & letak dalam fridge sebentar.
2. Digestive biscuit – blend halus. Then, add melt butter (180 g) with digestive biscuit, gaul hingga sebati. Tuang bahan tersebut dalam bekas acuan, rata & mampatkan ia.
3. Cream cheese & gula – diputar bersama (masing2 sedikit demi sedikit). Bila sebati add gelatin (gelatin 2 ½ sudu + air 6 sudu – boil on water first, macam masak coklat. Baru dicampur dlm adunan ini), add lemon juice, blueberry & whipping cream (yang disejukkan dalam fridge tadi). Kacau hingga sebati.
4. Finally, masukkan bahan (3) tadi ke dalam bekas acuan yang mengandungi bahan (2).
5. Masukkan ke dalam fridge selama 2-3 jam @ lebih. Siap utk dihidang.
Selamat Mencuba! :)
No comments:
Post a Comment